Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Semai kesedaran pentingkan kebersihan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 1 DIS – Program sosialisasi sesi kedua bagi memperkenalkan Piawai Brunei Darussalam iaitu PBD 32:2017 – Tourism Services Standard: Public Toilet, telah diadakan di Kompleks Kemasyarakatan Tutong, Daerah Tutong, kelmarin.

    Menurut kenyataan, program anjuran Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Pusat Standard Kebangsaan (PSK), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP), Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) itu adalah bagi menyediakan garis panduan asas dalam memastikan kebersihan tandas awam.

    Piawai itu terhasil dari ASEAN Public Toilet Standard yang memfokuskan kepada empat kriteria iaitu reka bentuk dan sistem pengurusan alam sekitar, peralatan dan kemudahan, kebersihan dan keselamatan.

    Program pemberigaan itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Timbalan Pengarah Pelancongan selaku Penolong Pengerusi Komiti Standard Pelancongan, Dayang Emmilia Watiqah binti Abdullah Jemming yang menekankan kepentingan PBD 32:2017 dengan harapan untuk memberikan kesedaran akan kepentingan kebersihan tandas awam selaras dengan Hari Tandas Sedunia yang diraikan setiap 19 November.

    Menurutnya lagi, secara tidak langsung akan menyokong industri pelancongan yang mampan dari segi keselesaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam (NBD).

    Dayang Emmilia Watiqah menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa majlis berkenaan.
    Antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.

    Beliau juga berharap kerjasama daripada pihak PSK akan berterusan dalam membantu komiti standard dan teknikal dalam membangunkan standard-standard yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri.

    Turut hadir pada acara itu ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I selaku perwakilan dari PSK, Hajah Sharni Azne binti Haji Mohd Said berserta pegawai-pegawai kanan dari pihak kerajaan.

    Acara antara lainnya menjelaskan mengenai proses pembangunan standard serta peraturan-peraturan teknikal dan kesihatan yang perlu dipatuhi.

    Penerangan juga disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, PSK Pengiran Abdul Shahid bin Pengiran Haji Amir Bahar; Pegawai Pelancongan selaku ahli kepada Komiti Teknikal Perkhidmatan Pelancongan, Awang Affandi bin Haji Alias, yang juga menyentuh inisiatif baharu yang diperkenalkan iaitu sistem maklum balas kebersihan tandas-tandas melalui kaedah imbasan kod QR dalam memudahkan pemantauan; dan Pegawai Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Tutong, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar, Dayang Elwina binti Danstan.

    Acara dihadiri oleh 63 peserta dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta dari Daerah Tutong dan Kuala Belait, di antaranya dari Kementerian Kesihatan, majlis perundingan kampung (MPK), majlis perundingan mukim (MPM), restoran, pusat membeli-belah dan premis-premis lain yang dipantau oleh Jabatan Pelancongan.

    Turut disentuh dalam sesi pemberigaan itu ialah inisiatif baharu yang diperkenalkan iaitu sistem maklum balas kebersihan tandas-tandas melalui kaedah imbasan kod QR dalam memudahkan pemantauan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...