Semai patriotik dalam diri kanak-kanak

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, di sekolah tersebut kelmarin.

Pada sambutan itu, kanak-kanak dari Taman Asuhan 1 hingga Taman Asuhan 3 berpeluang menyaksikan tayangan video Sambutan Hari Kebangsaan, mengadakan perbarisan lalu, membuat formasi angka 36 diikuti upacara perbarisan lalu dengan membawa bendera kecil. Hadir pada majlis itu ialah Pengetua TASKA YSHHB, Datin Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab yang juga mengetuai acara perbarisan lalu.

Sambutan bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai acara-acara kebesaran negara yang diadakan setiap tahun sekali gus menyemai rasa patriotik dan sayangkan negara dalam diri kanak-kanak.

Formasi angka 36 yang dibuat oleh gabungan kanak-kanak Taman Asuhan 1 hingga 3 sambil memegang bendera negara.