Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semai semangat patriotik pelajar

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dalam usaha berterusan untuk menanam semangat patriotik dan cinta pada negara kepada golongan muda khususnya para pelajar, mereka perlu diberikan pendidikan ke arah menimbulkan semangat kenegaraan dan kesedaran hidup berbangsa, beragama dan bernegara.

    Sehubungan itu, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Taklimat Kenegaraan, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar, hari ini.

    Program taklimat itu telah dihadiri oleh kira-kira 196 orang pelajar Tahun 7 sekolah berkenaan bersama-sama Pengetua, Awang Umar bin Haji Ramlee, guru-guru, pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

    Hajah Hamsah semasa menjelaskan mengenai bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan.

    Program bagi menyemai perasaan cintakan bangsa, agama, raja dan negara itu merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menanam semangat patriotisme ke atas para pelajar untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

    Di majlis berkenaan, taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya yang menjelaskan dengan terperinci mengenai definisi, peranan dan sejarah bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan.’

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda