MUNGKIN ada sudah yang membuat perancangan untuk bercuti pada penghujung tahun ini ataupun tahun hadapan? Tapi, sebenarnya kalau mahu bercuti ini, mestilah ada beberapa langkah perancangan untuk melaksanakannya. Jika tidak, memang susah nanti jika hendak diaturkan sekaligus.
Jadi, di sini dikongsikan tiga senarai semakan yang paling penting untuk anda mulakan langkah pertama untuk bercuti ke luar negara. Bila sudah selesai tiga perkara ini, barulah boleh lihat checklist atau senarai semakan yang lebih terperinci!
1. Semak tukaran mata wang asing
Ini adalah bahagian yang paling penting! Kalau tukarannya melebihi bajet, baik anda fikir-fikirkan terlebih dahulu. Jadi anda mestilah merancang dengan bijak di kala ekonomi yang kurang memberangsangkan ini.
Selain itu, anda perlulah rajin melakukan kajian mengenai tempat penukaran mata wang yang murah dan popular.
2. Adakah pasport masih sah?
Anda perlulah memperbaharui pasport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah pasport kurang dari enam bulan. Seeloknya datang awal pagi ke jabatan imigresen untuk proses memperbaharui pasport agar anda tidak merasa tergesa-gesa.
3. Perlunya visa ataupun tidak?
Sesetengah negara perlukan visa. Anda perlu semak awal terlebih dahulu. Jangan pada hari hendak ‘terbang’ nanti, baru anda hendak semak semula. Itu memang sudah terlambat. – Agensi
