Semakan terhadap pematuhan gaji minimum

KOTA SAMARAHAN, 14 OGOS – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak akan sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa terhadap majikan agar sektor swasta di negeri ini agar mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,100.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain itu JTK juga memberikan maklumat dan garis panduan kepada pihak majikan agar memberikan gaji pekerja berdasarkan kelayakan.

“Majikan jangan menyalah tafsir bahawa gaji minimum yang ditetapkan kerajaan itu adalah untuk semua kelayakan. – Bernama