Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semangat juang seni terukir dalam pementasan teater

    NEW YORK – Kelembutan gerak tari Diana Damrau tidak pernah gagal untuk memukau penonton ketika melakukan sebarang persembahan tarian dan pementasan teater di atas pentas.

    Kini, sekali lagi beliau bakal mencuri tumpuan sebagai heroin utama dalam pementasan teater Romeo et Juliette yang diarahkan oleh Gounod.

    “Setiap gerak-geri beliau kelihatan sangat sempurna dan cekap umpama seekor burung yang terbang bebas,” jelas Gounod yang juga merupakan penyanyi opera sewaktu dalam satu temubual di Metropolitan Opera.

    “Ia merupakan satu persembahan menarik dan sangat mengagumkan secara keseluruhan,” tambah beliau.

    “Dengan bantuan kostum pakaian dan solekan yang kreatif setentunya akan dapat menyembunyikan usia sebenar saya sewaktu berada di atas pentas,” jelas Damrau yang berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki.

    Teater Romeo et Juliette dipentaskan di Metropolitan Opera.
    Teater Romeo et Juliette dipentaskan di Metropolitan Opera.

    Para penonton setentunya berasa kagum ketika menyaksikan sendiri kehebatan seni pementasan tersebut. Tambahan lagi, Bartlett juga berhasrat untuk menayangkan rakaman seni pementasan pada kualiti video yang berdefinisi tinggi di pawagam.

    “Seni pementasan memang merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan namun ia tetap memerlukan semangat kuat dan kerja keras yang bersepadu. Ia juga merupakan satu aktiviti yang mendorong kepada gaya hidup aktif dan satu kelebihan bagi saya yang tidak memiliki masa untuk melakukan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat,” jelas Damrau.

    “Menariknya pementasan teater Romeo et Juliette dilakukan secara berkronologi iaitu bermula daripada seorang gadis muda sehingga menjadi seorang isteri yang setia dan mengabadikan rasa cintanya terhadap suami tercintanya,” jelas Damrau.

    Keserasian asas kejayaan

    Rata-rata barisan pengkritik seni dan penonton jelas memberikan penghormatan setiap kali pementasan teater ini berakhir dan jelas memuji keserasian yang ditonjolkan di antara Damrou dan pasangannya, Vittoria Grigolo.

    “Kami menggunakan pendekatan yang sama dalam melakukan setiap adegan dalam pementasan iaitu dengan memberikan penghayatan yang penuh sewaktu menyanyi dan menari sehingga ia sampai ke dalam jiwa penonton, ” jelas Damrau.

    Kredibiliti gerak tari Diana Damrau jelas kelihatan tetap terserlah di pentas teater walaupun telah bergelar ibu kepada dua orang anak.
    Kredibiliti gerak tari Diana Damrau jelas kelihatan tetap terserlah di pentas teater walaupun telah bergelar ibu kepada dua orang anak.
    Keserasian jelas terpancar di antara Diana Damrau dan Vittoria Grigolo dalam teater Romeo et Juliette.
    Keserasian jelas terpancar di antara Diana Damrau dan Vittoria Grigolo dalam teater Romeo et Juliette.

    Pementasan teater ini jelas menandakan kali ketiga bagi Damrau dan Grigolo bekerjasama selepas teater Manon arahan Massenet dan Lucia di Lammmermoor arahan Met dan Donizetti yang dipentaskan di Milan.

    “Pada awalnya saya begitu gementar untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan Grigolo memiliki bakat yang begitu hebat merangkumi rangkaian suara merdu, wajah yang tampan dan lakonan yang sangat menyerlah jika dibandingkan dengan saya,” jelas Damrau dalam nada yang merendah diri.

    “Namun saya tidak pernah menyangka bahawa gandingan kami dalam seni pementasan jelas memperlihatkan keserasian bukan sahaja dalam kalangan kami bahkan juga di mata penonton,” tambah Damrau.

    Teater Romeo et Juliette ini mengisahkan mengenai percintaan agung di antara seorang lelaki bernama Romeo dengan seorang gadis bernama Juliette sehingga mereka berkahwin.

    Di sepanjang, melayari keindahan alam perkahwinan itu tentu sahaja mereka tidak terlepas daripada melalui beberapa cabaran dan dugaan namun kedua-dua individu ini tetap sahaja kuat untuk mempertahankan kisah cinta agung mereka.

    “Saya harus mengamalkan sifat dinamik dalam gaya pementasan saya di dalam teater ini memandangkan ia melibatkan emosi, tarian dan juga kestabilan suara saya untuk menyanyi dan ia jelas memerlukan usaha yang bersunggguh-sungguh untuk menjayakannnya,” jelas Damrau di hujung sesi temu ramah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda