Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semangat mampu mengatasi segalanya

    SALE, Maghribi – Warga Maghribi pertama yang berjaya menakluki tujuh puncak benua dunia, Bouchra Baibanou, ingin memberi inspirasi kepada kaum wanita generasi baharu agar ‘berani untuk mempercayai diri mereka’.

    “Dengan kemampuan tenaga dan juga ketekunan, anda boleh sampai ke sana,” kata Baibanou, 49, yang telah mencapai puncak Gunung Vinson Antartika baru-baru ini. Menakluki puncak 4,897 meter itu mengambil masa lapan tahun pengembaraan, di mana Baibanou telah mengembara ke seluruh dunia untuk mencapai setiap gunung tertinggi di setiap benua.

    “Saya berbangga, sebagai seorang warga Maghribi dan seorang wanita,” katanya dari rumahnya di Sale, bersebelahan dengan ibu kota Rabat, di mana piala-piala menghiasi ruang tamunya.

    Kebanggaan itu jelas kelihatan di atas Vinson, di mana Baibanou memacakkan bendera negaranya – dan sebuah sepanduk dengan mesej kempen – pada suhu minus 40 darjah Celcius (Fahrenheit).

    “Dari puncak Vinson, Baibanou terus menyokong memperjuangkan menentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” tulis Wanita PBB Maghreb itu di laman Twitter pada 1 Januari lalu, setelah pendakiannya.

    Kebanggaan itu jelas kelihatan di puncak Vinson, di mana Baibanou memacakkan bendera negaranya pada suhu minus 40 darjah Celcius (Fahrenheit). – Agensi
    Selain melakukan kerja-kerja ke-masyarakatan, Baibanou juga telah mengadakan ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan universiti di seluruh negara. – Agensi

    Bouchra Baibanou semasa berada di rumahnya bersama-sama trofi beliau di daerah Sidi Moussa, Sale, berhampiran Rabat. – AFP
    Bouchra Baibanou bergambar bersama abah-abahnya di rumahnya di daerah Sidi Moussa, Sale, berhampiran Rabat. – AFP

    Memakai tudung berwarna kuning air dan berbaju hitam, Baibanou menyifatkan gunung itu sebagai sebuah “sekolah yang hebat” semasa beliau menghuraikan sifat-sifat yang diperlukan untuk mencapai puncak tersebut.

    “Keberanian, keyakinan, ketekunan, penentuan dan kerendahan hati.”

    Tetapi ketekunannya memerlukan slog kewangan. Baibanou adalah seorang jurutera kerajaan dan mendaki tujuh puncak dengan bajet dua juta dirham (185,000 euro, AS$210,000).

    Penajaan telah mengumpulkan 60,000 euro untuk ekspedisi Vinson dan 80,000 untuk Everest.

    “Ianya tidak begitu berbaloi untuk menjadi seorang pengembara pendaki gunung di Maghribi,” katanya.

    Selain melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, Baibanou juga telah mengadakan ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan universiti di seluruh negara.

    Beliau juga berkempen untuk membangunkan pelancongan gunung di Maghribi, terutamanya dalam meningkatkan Taman Negara Toubkal dan ‘mengukuhkan keselamatan.’

    Pada bulan Disember lalu, Maghribi telah digemparkan dengan pembunuhan dua wanita Scandinavia yang sedang mendaki di pergunungan tersebut.

    “Tindakan keganasan ini tidak mewakili negara saya – salah satu daripada kedamaian dan toleransi,” kata Baibanou, yang begitu terkesan dengan berita pembunuhan itu.

    Walaupun kejayaan pendakiannya itu, Baibanou hanya mula mengetahui mengenai pendakian pada usia 15 tahun semasa kem musim panas.

    Ayahnya, seorang mekanik, dan ibunya yang berada di rumah pula tidak begitu berminat terhadap alam sekitar atau mengenai kesukanan.

    Sehinggalah beliau berusia 26 tahun, di mana Baibanou berjaya mendaki puncak pertamanya di Maghribi – Toubkal.

    Ia adalah satu pengalaman yang menggembirakan, mendorongnya untuk mendaki gunung lagi di rantau Chamonix Perancis dan Mont Blanc.

    Dia masih mendaki berdekatan dengan rumahnya dan tahun lepas, sekumpulan 30 orang remaja telah mendaki Toubkal, puncak tertinggi di negara itu pada ketinggian 4,167 meter.

    “Saya berharap untuk menjadi model peranan, terhadap semua wanita-wanita muda – bagi mereka yang berani mempercayai diri mereka sendiri,” kata Baibanou.

    Semasa dia mengembara ke puncak gunung dunia, anak perempuannya berusia 14 tahun itu telah dijaga oleh keluarganya, termasuk suaminya, yang menyokong cita-citanya itu.

    Bagi Baibanou, tidak ada yang lebih baik daripada sukan ekstrem ini untuk “mengatasi ketakutan” dan belajar untuk “tidak berputus asa pada halangan pertama.”

    Dia telah melihat wanita-wanita muda yang merasa ragu-ragu pada permulaan pendakian pertama mereka, yang mana dapat dibentuk berdasarkan pengalaman.

    Mereka menghadapi “banyak diskriminasi” di Maghribi, kata Baibanou.

    “Kebanyakan mereka ini tidak meneruskan pengajian mereka tetapi, jika kita memberi mereka semangat, mereka akan mencapainya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda