Semarak Maulidur Rasul

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Pejabat Peguam Negara tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW tahun ini, dengan majlis sambutan yang berlangsung di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat Suci A-Quran oleh qari jemputan, Pengiran Mohd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.

Majlis diteruskan dengan bacaan selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh Penasihat Undang-undang, Awang Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad berserta sekumpulan pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Kemudian, majlis juga diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Sambutan dianjurkan oleh Jawatankuasa Acara-acara Keagamaan Pejabat Peguam Negara itu merupakan aktiviti tahunan dalam sama-sama memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan dan menyebarkan lagi syiar Islam.

Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni hadir menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.
Antara jemputan yang menghadiri majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-Mahkamah.