Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Semarak Nuzul Al-Quran, hulur derma

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, petang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua), Dato Seri Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis anjuran Jabatan Perbendaharaan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Tetamu kehormat ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea U ikrar tindak balas tegas terhadap laporan Pentagon

    SEOUL, 4 OKT - Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan Pentagon, baru-baru ini yang menggelarkannya sebagai ancaman berterusan kerana senjata pemusnah besar-besaran...