Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Semarak perhimpunan, perarakan Maulud Nabi 28 Sept ini

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Kira-kira tinggal seminggu sahaja lagi, masyarakat Islam di negara ini khasnya dan penduduk Islam dunia amnya akan menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1445 Hijrah.

    Bagi Negara Brunei Darussalam, Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah pada 28 September dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

    Bagi Daerah Tutong, ia akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong; Daerah Belait di Padang Bandaran, Jalan Sultan Kuala Belait, manakala, Daerah Temburong di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

    Sementara itu, raptai penuh majlis sambutan bagi Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada 26 September di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah ialah ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’.

    Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Gambar fail Infofoto

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...