Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Semarak Ramadan dengan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Sekitar 100 orang terdiri daripada penjaja dan kakitangan Sumbangsih Mulia serta keluarga mereka telah mengadakan majlis tahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja hari ini.

Majlis berkenaan adalah acara tahunan bagi Sumbangsih Mulia dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan bersyukur kepada Allah dan menyampaikan rasa hormat dan kasih sayang mereka.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin selaku pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia.

Bacaan tahlil telah diketuai oleh Awang Abdul Qayyum bin Kamarudjaman, lepasan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin turut hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis tahlil yang dikelolakan Sumbangsih Mulia sempena bulan Ramadan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -