Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Semarak Ramadan dengan majlis tahlil

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya juga tidak terlepas mengadakan majlis tahlil sempena bulan Ramadan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, baru-baru ini.

    Majlis tahlil itu khusus untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Rombongan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Hazri bin Haji Kifle; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengetuai rombongan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.- Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...