Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Semarak selawat menjelang 12 Rabiulawal

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Dalam sama-sama menyemarakkan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada 28 September ini, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara turut tidak ketinggalan meraih keberkatan dengan mengadakan majlis dikir di pusat berkenaan, hari ini.

    Antara yang hadir pada majlis yang diadakan selama 12 hari berturut-turut itu ialah Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Yusof bin Mohd Salleh dan Penolong Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Hajah Fatimah binti OKK Haji Basah; serta ahli-ahli pusat tersebut.

    Majlis tahunan berkenaan bertujuan untuk menyemai jiwa ahli-ahli pusat berkenaan serta keluarga untuk merebut ganjaran pahala dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Dengan adanya majlis seumpamanya juga, ia diharap mampu dijadikan amalan berselawat dalam kehidupan seharian dan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT semoga seluruh rakyat dan negara yang kita cintai sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Ilahi.

    Warga PKWE Daerah Brunei dan Muara semasa menyertai majlis dikir di pusat berkenaan. – Gambar serahan PKWE Daerah Brunei dan Muara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...