Semarakkan Hari Keputeraan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun ini, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta jabatan-jabatan di bawahnya tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, hari ini.

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong. Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid,  Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Doa Kesyukuran diikuti de-ngan Sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Ketua Imam, Masjid Ash-Shaliheen,  Awang Syariff Wafiuddin bin Jemain.

Majlis tersebut diadakan adalah bagi menzahirkan rasa syukur di atas kepimpinan bijaksana Baginda Sultan dan merafakkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat, kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan adil dan saksama di bawah perlin-dungan, taufik dan hidayah-Nya

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bersama jemaah lain ketika menunaikan sembahyang fardu Asar semasa majlis tersebut.