Semarakkan malam-malam menjelang Maulidur Rasul

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Bagi memeriahkan hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada setiap 12 Rabiulawal, Biro Wanita ‘Al Mudarrisah’ Kampung Sungai Buloh tidak ketinggalan mengadakan majlis dikir.

Biro berkenaan juga telah memulakan acara berdikir dari rumah ke rumah ahli-ahlinya secara bergilir-gilir selama 12 malam berturut-turut.

Majlis Pembukaan Dikir telah berlangsung di rumah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim, baru-baru ini.

Majlis Pembukaan Dikir Biro Wanita ‘Al Mudarrisah Kampung Sungai Buloh yang berlangsung baru-baru ini.