Semarakkan sambutan TBC

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), malam kelmarin, telah mengadakan majlis resepsi sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Indera Kayangan Ballroom, The Empire & Country Club, Jerudong.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah  Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; Ketua Pengarah bagi Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta, Law Kin-wai dan Pengarah Serantau HKTDC, Peter Wong.

Majlis telah didahului dengan Puan Yang Terutama Yu Hong, Law Kinwai dan Peter Wong dialu-alukan ke atas pentas bagi merasmikan majlis berkenaan sebelum diteruskan dengan menikmati hidangan makan malam.

Peter Wong dalam ucapannya antara lain menekankan komitmen berterusan HKTDC dalam menyediakan bermacam-macam cara bagi memperkukuhkan kolaborasi perniagaan seperti Inisiatif Jalur dan Laluan dan Guangdong-Hong Kong-Macao Bay Area.

Antara jemputan khas yang hadir bagi memeriahkan sambutan TBC yang diadakan di The Empire & Country Club, kelmarin.