Semarakkan sambutan TBC

Oleh Ak Zaki Kasharan

Gambar oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Para pemimpin dan tokoh perniagaan Cina termasuklah beberapa orang pembesar negara berbangsa Tionghua turut mengambil kesempatan mengadakan acara rumah terbuka bagi menyemarakkan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Antara yang mengadakan majlis seumpamanya hari ini ialah Dato Seri Lau Kung Ching di kediaman beliau di Kampung Telanai.

Pada majlis tersebut, Dato Seri Lau Kung Ching sekeluarga turut menerima kehadiran rakan-rakan perniagaan termasuk Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting selaku presiden Persatuan Fuzhou Shiyyi (Brunei) dan seterusnya menggaul ‘Yee Sang’ sebagai adat resam masyarakat Tionghua sempena TBC.

Turut hadir pada acara rumah terbuka berkenaan ialah rakan-rakan perniagaan lain, ahli-ahli Persatuan Fuzhou Shiyyi (Brunei), para jemputan khas dan ahli keluarga lainnya.

Gambar ramai semasa menggaul ‘Yee Sang’ pada majlis rumah terbuka TBC Dato Seri Lau Kung Ching, kelmarin.