Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembah perutusan tahniah daripada Presiden India

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Presiden India, Ram Nath Kovind telah menghantar perutusan tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta. Dalam perutusan itu, Presiden Konvid menggambarkan sambutan berkenaan sebagai acara bersejarah dan menyatakan kekagumkan atas pembangunan Negara Brunei Darussalam yang moden dan pemedulian terhadap rakyat Baginda.

    Presiden Konvid juga memuji hubungan mesra yang terjalin di antara India dan Brunei di bawah pimpinan bijaksana Baginda. Beliau melahirkan harapan supaya hubungan dua hala India-Brunei akan dikukuhkan lagi dalam tahun-tahun akan datang bagi manfaat bersama rakyat kedua-dua buah negara.

    Dalam pada itu, beliau juga mendoakan semoga Baginda Sultan panjang usia, sihat sentiasa dan sejahtera serta bagi kemajuan dan kemakmuran rakyat Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda