Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Sembilan maut dalam pertikaian antara puak

    COTABATO, FILIPINA, 13 FEB – Kira-kira sembilan orang terbunuh manakala tiga lagi cedera di bahagian selatan Filipina kelmarin apabila konvoi SUV ditembak dalam serangan hendap dikaitkan dengan pertikaian antara kumpulan Islam yang bertelagah, menurut pihak polis.

    Serangan berlaku di kawasan yang mempunyai sejarah keganasan lampau, dan perjalanan singkat di mana 58 orang, termasuk 32 wartawan, dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai politik terburuk di negara itu pada 2009.

    Pemimpin puak, Peges Mamasainged dan lapan lagi terbunuh ketika mereka membuat perjalanan di wilayah Maguindanao, menurut kenyataan polis.

    Kedua-dua mangsa dan penyerang diketuai oleh bekas komander kumpulan gerila Islam yang melancarkan pemberontakan berdarah selama berdekad-dekad di wilayah itu sebelum perjanjian damai ditandatangani pada 2014, menurut jurucakap polis wilayah, Fhaeyd Cana memberitahu AFP.

    Pihak berkuasa memburu suspek yang diketuai oleh musuh Mamasainged, kata Cana, dan menambah kedua-dua buah keluarga telah terlibat dalam pertelingkahan berdarah sejak sekian lama.

    Keluarga Islam yang lengkap bersenjata di bahagian selatan berulang kali terjerumus dalam pertelingkahan antara puak untuk menyelesaikan pertikaian yang boleh berlarutan sehingga beberapa generasi.

    “Polis bandar Guindulungan menyifatkan serangan ini sebagai keganasan antara puak,” kata Cana.

    Serangan itu adalah yang paling buruk di wilayah itu sejak pembunuhan beramai-ramai pada 2009, tambahnya.

    Lima ahli puak antara penyerang bersenjata yang didapati bersalah dalam pembunuhan itu. Ketua keluarga dihukum penjara 30 tahun pada 2019.

    Kedua-dua suspek utama pada serangan kelmarin dan pembunuh Mamasainged sebelum ini merupakan komander Pasukan Bersenjata Islam Bangsamoro, tentera daripada Barisan Pembebasan Islam Moro.

    Mereka menandatangani perjanjian damai bersama Manila pada 2014, menamatkan pemberontakan yang didakwa meragut puluhan ribu jiwa. Pemimpinnya kini ketua di kawasan yang ditadbir sendiri di kawasan bekas peperangan termasuk Maguindanao.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...