Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sembilan menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah

    NEW DELHI, 20 MEI – Sembilan menteri baharu mengangkat sumpah pada Jumaat di Sri Lanka ketika kerajaan gabungan semua parti cuba memulihkan ketenteraman negara yang dilanda krisis kewangan.

    Bagi portfolio utama, Menteri Pelabuhan dan Penerbangan ia digalas Nimal Siripala De Silva, Susil Premajayantha akan mengetuai Kementerian Pendidikan dan Keheliya Rambukwella akan berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan.

    Nalin Fernando dilantik sebagai Menteri Perdagangan, Tiran Alles sebagai Menteri Keselamatan Awam dan Harin Fernando diberikan portfolio Kementerian Pelancongan.

    Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai perdana menteri untuk mengemudi Sri Lanka keluar daripada kegawatan ekonomi.

    Wickremesinghe menggantikan abang Gotabaya, Mahinda Rajapaksa, yang meletak jawatan di tengah-tengah kemarahan orang ramai yang memuncak terhadap tindakan kerajaan mengendalikan inflasi yang tinggi, gangguan bekalan elektrik dan kekurangan barangan keperluan.

    Sementara itu, Wickremesinghe mengalu-alukan pengumuman oleh negara terkaya Kumpulan Tujuh (G7) yang akan membantu Sri Lanka dalam mendapatkan pelepasan hutang. – Bernama

    Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan pelajar universiti memprotes kelumpuhan ekonomi Sri Lanka. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...