Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sembilan pejuang maut dalam serangan IS

    BEIRUT, 3 JAN – Pejuang jihad membunuh sembilan askar Syria dan anggota militia bersekutu dalam satu serangan hendap berhampiran kilang minyak di timur Syria, lapor pemantau perang hari ini.

    “Sembilan askar tentera dan pejuang militia bersekutu terbunuh dalam serangan hendap oleh kumpulan Islamic State (IS)” berhampiran telaga minyak, lapor Syrian Observatory for Human Rights.

    Serangan itu dilakukan kelmarin di kawasan terpencil di pinggir wilayah timur Deir Ezzor di mana pejuang jihad mempunyai tempat persembunyian, kata pemantau tersebut.

    Serangan roket ke atas konvoi itu juga menyebabkan 15 pejuang prokerajaan tercedera, kata organisasi yang berpangkalan di UK itu.

    Agensi berita negara Syria, SANA, melaporkan lima maut dalam serangan hendap IS ke atas konvoi tentera itu.

    Pertubuhan jihad itu, yang pernah memerintah di kawasan protonegara yang luas di Iraq dan Syria, kehilangan kedudukan tetap terakhirnya pada Mac 2019 tetapi saki-bakinya mengekalkan serangan ala gerila yang mematikan.

    Sejak kekalahan ‘khalifah’ yang diisytiharkan sendiri, serangan IS telah membunuh hampir 1,800 tentera kerajaan dan sekutu di Syria.

    Serangan IS ke atas sebuah bas pada 2 Disember telah membunuh 10 pekerja ladang minyak di wilayah Deir Ezzor, yang terbaharu dalam rentetan serangan yang menyasarkan sektor minyak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...