RIO DE JANEIRO, 20 Feb – Satu perlawanan di kejohanan bola sepak negeri Brazil terpaksa dihentikan selepas pergaduhan besar-besaran membawa kepada sembilan permain di buang padang dan mungkin akan diberikan hukuman berat, kata pihak berkuasa semalam.
Perlawanan antara Bahia dan Vitoria pada Ahad lalu di Kejohanan Negeri Bahia, di timur laut Brazil dicemari oleh pergaduhan.
Insiden itu bermula ketika Bahia menyamakan kedudukan pada minit ke-3 separuh masa kedua dan penjaring gol Vinicius meraikan jaringannya dengan isyarat biadap.
Sebagai tindak balas, penjaga gawang Vitoria, Fernando Miguel berang dan berhadapan dengan Vincius yang menimbulkan kekecohan.
Tujuh pemain telah dibuang padang akibat pergaduhan mereka, manakala dua lagi pemain telah dilayangkan kad merah kemudian dalam perlawanan itu.
Selepas itu, pengadil terpaksa menghentikan permainan pada minit ke-79 perlawanan ketika Vitoria hanya mempunyai enam pemain di atas padang.
Peraturan bola sepak menyatakan bahawa permainan tidak boleh diteruskan melainkan kedua-dua pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh pemain dan itu bermakna Bahia kemungkinan akan diberikan kemenangan 3-0.
“Sikap penjaga gawang kami adalah provokatif dan mencetuskan pergaduhan,” kata presiden Vitoria, Ricardo David, di Sport TV.
“Dari sana ia adalah umum. Setiap pemain bersalah dan patut dihukum,” tambahnya.
Perkara itu boleh berlaku sekarang. Persekutuan Bola Sepak Bahia pada semalam mengatakan ia akan bertindak ‘dalam had’ kekuasaannya dan menghantar laporan kepada mahkamah negeri untuk melihat langkah-langkah disiplin apa yang boleh diambil. – AFP