Sembilan tentera maut helikopter terhempas

BOGOTA, 22 JULAI – Angkatan Tentera Colombia berkata sembilan tentera telah terbunuh dan enam lagi cedera selepas sebuah helikopter tentera terhempas semalam di kawasan tenggara negara tersebut semasa satu operasi membanteras gerila.

Helikopter Black Hawk terhempas bersama 17 orang di sepanjang Sungai Inirida, di kawasan hutan Guaviare tenggara negara.

“Malangnya, kami telah menemui mayat sembilan kakitangan kami,” kata jurucakap tentera di Twitter.

“Tentera tidak berkata sama ada helikopter terhempas atau ditembak jatuh. Ia juga tidak berkata apa-apa mengenai dua tentera lain yang telah menaiki helikopter itu.”

Presiden Ivan Duque menyatakan rasa sedih beliau di Twitter dalam apa yang digambarnya sebagai ‘satu kemalangan,’ dan berkata tentera dalam helikopter sedang menyokong operasi ‘membanteras pemberontak.’

Menurut tentera, helikopter sedang menjalankan misi tentera membanteras penentang FARC – gerila yang enggan menandatangani perjanjian perdamaian yang dicapai oleh rakan mereka dengan kerajaan pada 2016.

Terdapat 2,300 orang pejuang gerila, menurut anggaran risikan tentera, yang masih hidup disebabkan penyeludupan dadah, perlombongan haram dan rangkaian kegiatan sokongan lain. – AFP