Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan warga asing ditahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Sembilan orang warganegara asing yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang perempuan telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Bandar Seri Begawan untuk disiasat di bawah akta dan peraturan imigresen penggal 17 dan tindakan selanjutnya semasa operasi yang dijalankan JIPK, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan JIPK di sini, Operasi Pumpung JIPK 127/2020 itu dijalankan di sebuah ladang kebun di Bukit Agok, Jerudong yang melibatkan 14 orang anggota yang diketuai oleh ketua pegawai imigresen.

    Dalam pada itu, JIPK mengingatkan para majikan supaya sentiasa memastikan tempoh pas imigresen pekerja mereka masih sah kerana menjadi kesalahan sekiranya pekerja berkenaan bekerja sedangkan pas imigresen telah mansuh.

    JIPK juga menasihatkan supaya majikan sentiasa mengetahui keberadaan pekerja mereka setiap masa dan jika sabit kesalahan pas imigresen mansuh, pekerja asing akan diusir setelah dipenjarakan dan secara pentadbiran akan disenarai hitamkan.

    Warganegara asing di negara ini juga diingatkan untuk tidak membuat urusan atau menyerahkan pasport kepada individu-individu yang mengelar diri mereka sebagai ejen boleh membuat urusan-urusan pasport kepada agensi yang berkenaan dan sete-lah itu menghilang tidak diketahui di mana keberadaannya.

    Ketua pegawai imigresen kanan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK menegaskan bahawa aktiviti penguatkuasaan di negara ini akan ditingkatkan dengan melaksanakan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara berterusan dengan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan itu, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen.

    Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi talian hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

    Pihak berkuasa semasa melakukan pemeriksaan di kawasan perkebunan Bukit Agok. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda