Sembunyi dadah dalam perut

ROM, 19 JULAI – Polis Itali berkata bahawa mereka telah mengesan 94 kapsul plastik berisi dadah heroin seberat 1.7 kilogram di dalam perut seorang warga Nigeria ketika dia cuba meninggalkan Lapangan Terbang Fiumicino, Rom.

Lelaki berusia 39 tahun itu baru turun daripada penerbangan Addis Abeba, ibu negeri Habsyah, tetapi anggota keselamatan mengesan kegusarannya ketika melalui kawalan pasport dan menahannya. – AFP