Semeru pula meletus, ratusan pindah

LUMAJANG, INDONESIA, 2 DIS – Ratusan penduduk Indonesia melarikan diri dari kampung mereka selepas gunung berapi memuntahkan abu panas beberapa ribu meter ke udara dan meluahkan lahar ke bawah kawahnya.

Gunung Semeru di pulau Jawa meletus semalam, mendorong 500 penduduk berpindah dari rumah mereka.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan haiwan ternakan yang mati dilitupi aliran piroklastik – campuran gas panas dan bahan gunung berapi – tatkala puing mengalir ke dalam sungai berhampiran.

Ketua agensi bencana tempatan Agus Triono mengingatkan hari ini bahawa penduduk masih berdepan risiko apabila hujan lebat mengancam mencetuskan lebih banyak aliran gunung berapi dari kawah.

Letusan berlaku beberapa hari selepas Gunung Ili Lewotolok meletus di rantau timur gugusan kepulauan itu. – AFP

Sebatang sungai kelihatan mengalirkan lahar berasap dari Semeru, di Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia kelmarin. – AFP