Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Seminar bincang isu ekonomi global

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Lebih 60 jemputan yang terdiri daripada bendahari, pemimpin kanan dan eksekutif utama daripada pelbagai institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat-syarikat menghadiri seminar prospek pasaran yang dihoskan oleh Bank Baiduri yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Jerudong Park Country Club, hari ini.

    Seminar yang bertemakan, Higher for longer interest rates, currency movements and economic resilience, mengetengahkan dua orang pakar iaitu Ahli Strategi Kadar Kanan, Bank DBS, Singapura, Eugene Low dan Ahli Strategi FX Kanan, Bank DBS, Philip Wee.

    Kedua-dua pakar mengongsikan pandangan mengenai dengan keadaan ekonomi global pada masa ini dan prospeknya dengan mendalami persoalan yang mendesak iaitu ‘Adakah kemelesetan yang boleh dielakkan?’.

    Dalam kata alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui menyatakan bahawa pihaknya amat teruja kerana dapat menghoskan seminar itu di mana ia membawa pakar-pakar industri untuk membincangkan mengenai isu-isu yang mendesak yang dihadapi oleh ekonomi global.

    Beliau menambah bahawa di Bank Baiduri, mereka komited untuk menyediakan bagi klien mereka dengan pandangan, peralatan dan sumber untuk membantu mereka mengemudi landskap ekonomi global yang pesat berubah.

    Dengan kekal bermaklumat, fleksibel dan memanfaatkan peluang, beliau yakin mereka akan terus maju dalam landskap yang kekal berubah.

    Acara itu merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif yang diambil oleh Bank Baiduri untuk membantu kliennya membuat keputusan pelaburan penting dengan menyediakan perbincangan yang diterajui pakar, pembenangan dan akses kepada prospek penyelidikan pasaran terkini.

    Ti Eng Hui semasa menyampaikan kata alu-aluannya.
    Eugene Low semasa mengongsikan pandangannya.
    Antara tetamu yang hadir pada seminar tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...