Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Seminar eksekutif bincangkan CIPTA 2023

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Sempena Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) 2023, seminar eksekutif bertemakan ‘Inovasi untuk Matlamat Pembangunan Mampan’ diadakan di Teater Kuliah 2, Kompleks Perpustakaan, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan juga secara maya melalui platform Zoom selama tiga hari bermula hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan video seminar yang juga diadakan sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2023 itu ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Ketua Jawatankuasa Penganjur Seminar CIPTA, Dr Wida Susanty binti Haji Suhaili dalam ucapannya antara lain mengongsikan, pengisian seminar tiga hari itu yang dimulakan dengan ulasan daripada hakim-hakim CIPTA 2023.

    Ini diikuti dengan perkongsian daripada pemenang CIPTA 2023 dan hari terakhir adalah forum di mana mereka yang memainkan peranan utama akan dijemput untuk membincangkan bersama dan memberikan saranan cara untuk memastikan Inovasi untuk matlamat pembangunan yang mampan.

    Sejurus pelancaran video seminar berkenaan, sesi forum bersama hakim-hakim CIPTA 2023 itu telah dikendalikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal CIPTA di UTB, Dr Lim Pang Jen.

    Antara yang hadir pada seminar eksekutif bertemakan ‘Inovasi untuk Matlamat Pembangunan Lestari’ di UTB.
    Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah mendengarkan forum yang turut diadakan.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Pengerusi Bersama Teknikal CIPTA, Pengiran Dr Rafidah bin Pengiran Haji Petra, Pengarah Urusan Jurutera OMC, Ir Chin Lee Tuck dan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UTB, Awangku Mohd Rafiuddin bin Pengiran Saharuddin.

    Turut serta dalam sesi forum berkenaan ialah Profesor Ts Dr Wan Zuha Wan Hassan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia dan Profesor Ir Ts Dr Sivarao Subramonian dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

    Sesi forum berkenaan menumpukan kepada keseluruhan pertandingan CIPTA 2023 berdasarkan kepada penyerahan dan keperluan selain membincangkan projek yang menarik minat mereka serta pengkomersilan produk.

    Semasa perbincangan itu, ahli panel forum turut berkongsi cara untuk menambah baik acara dan pertandingan untuk penciptaan seterusnya.

    Brunei MYCE 2023 dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa, badan berkanun, institusi pengajian tinggi, pihak berkepentingan dan agensi swasta. Ia turut disokong penuh oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...