Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Seminar kongsi prospek pasaran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Lebih 100 orang menghadiri seminar bertajuk Prospek Pasaran yang dianjurkan oleh Standard Chartered Securities (SCS), dengan kerjasama Fullerton Fund Management bertempat di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, di ibu negara, malam kelmarin.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low berkata, “Pasaran global pada tahun ini sememangnya mencabar dan dibelenggu ketidaktentuan. Dengan pasaran yang tidak stabil, sudah tentunya sentimen pelanggan akan terjejas. 

    “Sehubungan itu, SCS komited untuk membantu awda untuk kekal melabur dengan menawarkan khidmat nasihat tentang kepelbagaian portfolio yang sedia ada dan merebut peluang yang ada.

    Semasa acara tersebut, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan – Intermediaries, Fullerton Fund Management, Sam Ye turut berkongsi pandangannya tentang prospek pasaran semasa di mana beliau menegaskan bahawa 2022 adalah pasaran lembap disebabkan kemelesetan ekonomi yang bakal berlaku. 

    Menerusi perbincangan panel, beliau seterusnya menjelaskan strategi dan persediaan untuk memerangi inflasi semasa.

    Fullerton Fund Management adalah sebahagian daripada senarai dana SCS yang menawarkan Fullerton SGD Heritage Growth, Fullerton SGD Heritage Balanced, Fullerton SGD Heritage In-come dan Fullerton Short Term Interest Rate Fund kepada pelabur Brunei.

    Para pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan pelaburan boleh mengunjungi cawangan Standard Chartered Gadong dan Kuala Belait untuk bercakap dengan mana-mana pengurus perhubungan atau perunding kekayaan berlesen atau melayari laman sesawang bank, Facebook dan Instagram.

    Brenda Low semasa menyampaikan ucapan pada seminar tersebut.
    Sam Ye berkongsi pandangannya mengenai prospek pasaran pada seminar yang dianjurkan.
    Antara yang hadir pada seminar pelaburan bertempat di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, di ibu negara, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...