Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Seminar Pakar Pendidikan labuh tirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Seminar Pakar Pendidikan ke-2 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah melabuhkan tirainya hari ini dengan penyampaian Resolusi Seminar Pakar Pendidikan.

    Resolusi berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kepakaran di Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Kementerian Pendidikan, Ching Yun Onn.

    Beliau menjelaskan bahawa langkah ke hadapan selepas seminar itu adalah untuk perbincangan lanjut diadakan di peringkat menteri sambil mengekalkan hubungan rapat dengan para pendidik, dan mereka berharap pada sesi rangkaian dengan pakar pendidikan yang akan datang pada November 2022, akan dapat mengemas kini pendidik berkenaan dengan rangka kerja kecekapan khusus yang telah dicipta bersama, hasil bengkel pengesahan.

    “Kami percaya bahawa Rangka Kerja Kompetensi Pakar Pendidikan Brunei Darussalam (BDESCF) akan memberikan pakar-pakar pendidikan gambaran yang lebih jelas tentang hala tuju dan jangkaan bagi setiap bidang pengkhususan untuk memastikan kejayaan berterusan sistem pendidikan kita,” kata beliau.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada hari kedua seminar berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin. Terdahulu, acara telah dimulakan dengan perkongsian mengenai latihan dan perundingan berasaskan projek dalam analisis data besar (PBCTrain) yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dr Siti Noor Naasirah Syahiirah binti Abdullah Teo.

    Ching Yun Onn ketika membentangkan resolusi pada seminar yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.
    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati bergambar ramai bersama para pembentang dan tetamu pada seminar tersebut.

    Seminar diteruskan dengan pembentangan bertajuk ‘Without Data, You Are Just Another Person with an Opinion – Edwards Demings’, yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kanan di Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Hana binti Abdul Mu’iz @ Valerie Tan Chai Yen.

    Turut dikongsikan adalah mengenai amalan terbaik menjalankan penyelidikan melalui inovasi dan data berasaskan bukti yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Tingkat Khas, Unit Tenaga Pengajar, BDLTA, Kementerian Pendidikan, Dr Haji Ade Shahren bin Haji Suhaili.

    Manakala itu, beberapa projek penyelidikan turut dikongsikan oleh tiga orang yang berpotensi menjadi pakar pendidikan, antaranya ialah projek Pembuatan Keputusan Melibatkan Mereka Bentuk: Strategi Pengajaran, Gaya Penilaian, Bekerja dalam Kompetensi Khusus, Program Sokongan dan Pembangunan Profesional untuk Guru, yang diusahakan oleh Guru Kanan Akademik di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Dayang Suriyati binti Haji Saman.

    Seterusnya, projek penyelidikan mengenai Kesan Penggunaan Peta Minda Berkaitan dengan Revolusi Perindustrian 4.0 telah dibentangkan oleh Pegawai Pendidikan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Dr Haji Awang Makarimi bin Haji Awang Kasim.

    Juga dibentangkan ialah projek penyelidikan mengenai Menyiasat Penggunaan Papan Vertable Interaktif (IVB) dalam Bilik Darjah Tahun 1: Kajian Kes Empat Guru Bahasa Inggeris di Negara Brunei Darussalam, yang diusahakan oleh Pegawai Pelajaran di Sekolah Rendah Kampung Mata-Mata, Dayang Sujinah binti Mejari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...