Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Seminar secara maya platform bertukar fikiran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Fakultas Adab dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel (UINSA), Surabaya telah mengadakan seminar antarabangsa bertajuk Reconstructing Islamic Identity Through Language, Literature and History secara maya, baru-baru ini.

    Menurut UNISSA, ia telah menerima sambutan baik daripada 132 orang peserta yang terdiri daripada tenaga akademik, mahasiswa dan mahasiswi dari kedua-dua buah universiti serta para ilmuan.

    Hadir semasa seminar itu ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; dan Dekan Fakultas Adab dan Sains Kemanusiaan, UINSA, Dr H Muhammad Kurjum.

    Dalam ucapan pembukaan, Dr Hajah Rafidah antara lain telah menekankan mengenai kepentingan mempertahankan dan mengekalkan identiti Islam lebih-lebih lagi dalam dunia moden yang serba mencabar ini di mana perlunya pelbagai pihak itu melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

    Selain dari peranan keluarga, para daie dan media sosial, ujarnya, pihak institusi pengajian tinggi juga perlu memikul peranan yang penting bagi sama-sama menitikberatkan pendekatan dan pemahaman identiti Islam yang jelas bagi menjamin kelestarian sesebuah negara.

    Seminar berkenaan menampilkan tiga orang pembentang terdiri daripada Profesor Dr Imam Ghazali, MA dari Fakultas Adab dan Sains Kemanusiaan, UINSA; Dr Ahmed Yani dari Fakulti Bahasa Arab, UNISSA; dan Dr Abdul Razak Abdulroya Panaemalae dari Universiti Walailak, Thailand.

    Dengan perlaksanaan seminar antarabangsa berkenaan, ia merupakan satu platform bagi bertukar-tukar fikiran dalam kalangan peserta seminar, di samping dihasratkan bagi menjalinkan ukhuwah antara satu sama lain.

    Dr Hajah Rafidah bersama antara yang menyertai seminar dalam talian tersebut. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...