Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Seminar tentang peraturan baharu pencak silat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Komuniti pencak silat tempatan yang terdiri daripada atlet dan tenaga pengajar telah menghadiri seminar dalam talian mengenai teknik yang dibenarkan sebagai bahagian daripada peraturan baharu pertandingan pencak silat di Sekolah Sukan kelmarin.

    Dengan Malaysia sebagai negara tuan rumah, Persekutuan Pencak Silat Brunei Darussalam (PERSIB) menyertai sesi tersebut yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (PERSISI), Dr Sheikh Alau’ddin Yacoob Marican selaku presiden Persekutuan Pencak Silat Asia.

    Dalam seminar tersebut, beliau menyentuh tentang teknik yang dibenarkan untuk dilakukan semasa perlawanan serta senario yang melibatkan jurulatih semasa protes, amaran dan larangan yang terkandung dalam peraturan yang baharu diperkenalkan.

    Beberapa topik turut dibincangkan termasuk kriteria untuk membuat keputusan terutamanya pemberian kemenangan kepada peserta, sistem pemarkahan dan kuasa serta tugas pegawai teknikal.

    Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dalam ucapannya berkata, “Saya berharap peraturan baharu dalam pertandingan akan lebih menghiburkan, lebih mudah difahami dan membantu mewujudkan pangkalan peminat yang lebih besar kepada sukan kesayangan kita.”

    Pengiran Haji Abdul Karim semasa menyampaikan ucapan dalam seminar tersebut yang diadakan secara dalam talian.

    Beliau turut menjemput semua atlet bagi Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur pada bulan Julai akan datang.

    “Saya berharap dengan bantuan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), Kejohanan Dunia akan datang dapat menjadi sesuatu yang diingati,” tambah beliau.

    Di samping itu, Presiden PERSIB, Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Haji Metassan berkata, presiden PERSILAT mengumumkan mereka memerlukan dua lagi negara untuk menyertai Sukan Olimpik dengan 73 daripada 75 negara setakat ini.

    Beliau turut mengongsikan bahawa lebih 60 negara telah menyertai seminar dalam talian tersebut kelmarin.

    Peraturan baharu itu juga diharap dapat mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada kawasan lain bagi memastikan atlet dan tenaga pengajar dapat mengimplikasi dan berlatih dalam sesuatu acara pertandingan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...