Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sempadan Aghanistan-Pakistan dibuka semula

    QUETTA, PAKISTAN, 27 FEB – Laluan sempadan utama antara Pakistan dan Afghanistan telah dibuka semula, menurut pegawai hari ini, beberapa hari selepas pertempuran pasukan keselamatan mengakibatkan tiga terbunuh.

    Sejak Taliban kembali berkuasa tahun lalu ketegangan sempadan antara negara berjiran itu meningkat, dengan kumpulan militan Pakistan merancang serangan dari kawasan Afghanistan.

    Taliban menafikan melindungi militan Pakistan, tetapi turut berang dengan tembok Islamabad yang dibina di sepanjang 2,700 kilometer di sempadan mereka.

    “Sempadan telah dibuka semula bagi semua aktiviti,” kata jurucakap pasukan sempadan separa tentera Pakistan kepada AFP.

    Sumber keselamatan berkata ia dibuat selepas ‘rundingan berhasil’ antara pegawai Pakistan dan gabenor wilayah Kandahar di Afghanistan.

    Mahod Azaam, jurucakap bagi gabenor, mengesahkan pembukaan semula itu.

    Kedua-dua pihak menuduh sesama mereka atas pertempuran pada Khamis di sempadan Chaman-Spin Boldak, yang menurut penduduk tempatan melibatkan senjata ringan dan berat.

    Pada kebiasaanya ribuan orang melintasi sempadan setiap hari, termasuk pedagang, penduduk Afghanistan ingin mendapatkan rawatan di Pakistan, dan berjumpa dengan ahli keluarga.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...