Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sempadan Australia dibuka untuk pelajar, pekerja mahir

    CANBERRA, 13 DIS – Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt mengesahkan hari ini yang sempadan negara itu akan dibuka seperti yang dirancang bagi beberapa pemegang visa minggu ini.

    Menurutnya, bermula 15 Disember para pelajar asing dan pekerja berkemahiran akan dapat memasuki Australia buat pertama kali sejak Mac 2020 disebabkan keperluan kuarantin di negeri mereka atau wilayah ketibaan.

    Sempadan-sempadan pada awalnya ditetapkan dibuka semula pada 1 Disember namun perubahan itu tertangguh dua minggu di tengah kebimbangan berhubung varian baharu Omicron.

    Hunt berkata Ketua Pegawai Perubatan Paul Kelly dan bukti antarabangsa bahawa secara waspada optimis yang varian Omicron ‘menunjukkan tanda-tanda jelas lebih sederhana’.

    “Bukti kukuh, jelas bahawa semua vaksin terus memberikan perlindungan jelas menentang penyakit serius dan kemasukan ke hospital serta kehilangan nyawa,” ujarnya kepada wartawan. – Xinhua

    Gambar fail bertarikh 1 Disember menunjukkan lapangan terbang Sydney. Australia akan membuka sempadannya bermula 15 Disember kepada para pelajar dan pekerja mahir. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda