Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Sempadan Colombia, Venezuela dibuka semula untuk trafik kargo

-

BOGOTA, COLOMBIA, 9 SEPT – Presiden Colombia dan Venezuela hari ini mengumumkan bahawa penutupan selama bertahun-tahun bagi pengangkutan kargo sempadan negara mereka akan berakhir pada 26 September depan.

Pengumuman pembukaan semula jambatan di sempadan tersebut dibuat sebulan selepas Gustavo Petro mengangkat sumpah sebagai presiden berhaluan sayap kiri pertama Colombia, memulakan hubungan antara negaranya dan kerajaan Nicolas Maduro. Kedua-dua presiden membuat pengumuman berkenaan melalui ciapan Twitter.

“Kami mengesahkan komitmen kerajaan untuk memulihkan hubungan persaudaraan,” kata Petro.

Jambatan itu kini dibuka kepada lalu lintas pejalan kaki di mana, pengangkutan kargo hanya dibenarkan di satu jambatan sahaja. – AP

Kontena kelihatan menyekat Jambatan Antarabangsa Tienditas yang ditutup sebahagiannya selama bertahun-tahun oleh kerajaan Venezuela. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -