Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sempadan Pakistan Afghanistan ditutup semula

    PESHAWAR, Pakistan, 9 Mac – Pegawai Pakistan berkata pihak berkuasa telah sekali lagi menutup dua sempadan penyeberangan utamanya dengan Afghanistan selepas dua hari pembukaan sementara yang membenarkan 35,000 orang menyeberangi sempadan itu.

    Penyeberangan pada awalnya ditutup selepas beberapa siri serangan militan di Pakistan bulan lepas yang telah membunuh lebih 125 orang.

    Islamabad telah menuduh Kabul akan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap tempat-tempat perlindungan militan Pakistan di rantau sempadan Afghanistan. Kabul telah menafikan tuduhan itu.

    Pegawai pengurusan sempadan Fayyaz Khan dan Irfan Toor berkata hari ini bahawa penyeberangan Torkham dan Chaman akan ditutup selama-lamanya.

    Penyeberangan-penyeberangan itu merupakan laluan utama bagi perdagangan dan perniagaan di antara kedua-dua negara jiran itu.

    Pakistan dan Afghanistan telah sekian lama menuduh sesama sendiri bagi kegagalan untuk memerangi ekstremis yang beroperasi di sepanjang sempadan di antara kedua-dua negara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda