Sempadan Sarawak-Brunei dibuka 12 jam mulai hari ini

KUCHING, 27 MAC – Pintu masuk sempadan antara Sarawak dan Brunei akan dibuka dari 6 pagi hingga 6 petang berkuat kuasa esok, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keputusan itu adalah selaras dengan waktu penetapan operasi Jabatan Imigresen Brunei.

“Sebelum ini, waktu beroperasi adalah dari 6 pagi hingga 8 malam. Justeru itu, kita menyeru semua rakyat Sarawak supaya mematuhi arahan PKP,” katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa di sini.

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Sarawak-Brunei itu merangkumi Sungai Tujuh di daerah Miri, Tedungan dan Pandaruan di daerah Limbang dan Meng

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia baru-baru ini. – Bernama