Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Semua 13 terowong HSR Jakarta-Bandung siap dibina

    JAKARTA, 21 JUN – Dengan selesai-nya pembinaan Terowong No. 2 Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung hari ini, pembinaan kesemua 13 terowong di sepanjang laluan berkenaan sudah lengkap, menyediakan tapak asas kukuh bagi penyiapan keseluruhan projek itu dan pembukaan kepada trafik pada Jun 2023.

    Terowong No. 2 itu terletak di Daerah Purwakarta, wilayah Jawa Barat, dengan panjang keseluruhan 1,052 meter dan kedalaman maksimum 53.6 meter, yang merupakan salah satu daripada projek paling sukar di sepanjang laluan berkenaan.

    Sejak permulaan pembinaan pada 2018, China Railway International Group yang merupakan gabungan China Railway, telah membawa konsortium pembinaan China itu untuk secara aktif menangani impak epidemik COVID-19.

    Pada masa ini, semua terowong dan pembetung pada HSR Jakarta-Bandung telah siap, di samping lebih 90 peratus kerja-kerja sivil bagi lapisan bawah jalan, jambatan-jambatan dan stesen. Keseluruhan pembinaan telah memasuki peringkat pemasangan landasan.

    Dengan rekaan kelajuan 350km sejam, HSR yang dibina dengan tek-nologi China itu akan mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, daripada lebih tiga jam kepada kira-kira 40 minit. – Xinhua

    Gambar yang diambil pada 21 Jun menunjukkan majlis penembusan Terowong No. 2 HSR Jakarta-Bandung di Indonesia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...