KUALA LUMPUR, 14 OKT – Kebanyakkan atlet kebangsaan meneruskan latihan mereka seperti biasa, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di pusat latihan masing-masing, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini hingga 27 Oktober.
Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, ia termasuk sukan akuatik iaitu renang dan terjun; serta sukan dalam dewan dan tempur seperti sepak takraw, karate, taekwondo, gimnastik dan wushu.
Namun, katanya beberapa sukan seperti ragbi dan boling padang membuat keputusan untuk menghentikan latihan, manakala tenpin boling masih tidak dapat berlatih, kerana venue latihan berada di pusat komersial.
“Skuad ragbi lelaki dan boling padang memilih untuk berlatih sendiri di rumah, kerana bimbang dengan penularan pandemik COVID-19 dan tidak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan.” – Bernama