Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Semua jenis darah diperlukan segera

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Hospital Suri Seri Begawan pada masa ini sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan darah dan memerlukan penderma-penderma bagi semua jenis darah dengan segera.

    Stok darah pada masa ini berada pada tahap yang sangat rendah berbanding keperluan untuk pemindahan darah.

    Oleh itu, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai yang dapat menderma darah mereka untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mereka yang memerlukan serta usaha pusat berkenaan dalam meningkatkan stok bekalan darah di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang ingin mendermakan darah bolehlah berkunjung ke pusat pendermaan darah atau tabung-tabung darah yang berdekatan. Bagi mereka yang ingin mengunjungi pusat berkenaan, tempahan slot melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan.

    Waktu-waktu beroperasi bagi perkhidmatan pendermaan darah bagi Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pada jam 8 pagi hingga 11:30 pagi, dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Manakala waktu operasi tabung darah Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait, ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang. Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong bermula hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -