Semua pihak berperanan memartabatkan Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR – Meskipun Bahasa Melayu adalah bahasa pertama yang perlu didahulukan dalam sebarang wadah komunikasi di negara ini, namun hakikatnya masih berlaku penggunaan bahasa campuran atau ‘bahasa rojak’. Malah, kepincangan ini turut melibatkan program rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, sebagai contoh, penggunaan perkataan Food Bank walhal nama program tersebut boleh sahaja digunakan sepenuhnya dalam bahasa

































