Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Semua pihak diseru main peranan selamatkan harimau Malaya

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Peluang sudah semakin tipis untuk menyelamatkan spesies terancam harimau Malaya daripada terus pupus.

    Justeru, Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (Rimau) menegaskan usaha pemuliharaan haiwan kebanggaan Malaysia itu tidak seharusnya diserahkan pada pihak kerajaan semata-mata.

    Presidennya Lara Ariffin berkata Rimau kini bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menghentikan aktiviti pemburuan haram di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak, bagi menyelamatkan spesies yang hanya ditemui di Semenanjung Malaysia itu yang kini jumlahnya dianggarkan kurang daripada 150 ekor.

    “Rimau kini terlibat dalam pelbagai usaha sama dengan pihak berkaitan, seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, untuk membanteras kegiatan pemburuan haram haiwan tersebut. 

    “Sebagai permulaan, kita mempunyai Unit Patrol Menraq terdiri daripada 30 renjer suku Orang Asli Jahai, yang menumpukan pada pemantauan pemburu haram di Taman Negeri Royal Belum, yang merupakan tempat tinggal suku itu sekian lama,” katanya kepada Bernama di sini, semalam, selepas menerima replika cek RM38,888 daripada HABIB bagi menyokong usaha murni itu.

    Lara berkata, unit yang diwujudkan dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) itu, mempunyai fungsi yang terhad iaitu mereka hanya boleh memerhatikan daripada jauh kerana tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penahanan. – Bernama

    Presiden Rimau Lara Ariffin menyampaikan ucapan semasa acara Habib: Ignite The Spark di Kampung Bangsar II, pada 27 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...