Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua sekolah dalam zon merah S’wak ditutup

    KUCHING, 19 APRIL – Kerajaan Sarawak mengarahkan semua sekolah yang berada dalam zon merah di negeri ini ditutup selama 14 hari mulai esok, susulan trend peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 di negeri ini.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu diputuskan selepas membuat penilaian mengenai jangkitan di kawasan sekolah yang boleh berjangkit kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

    “Demi kesihatan anak dan masyarakat setempat, kerajaan Sarawak memutuskan untuk menutup semua sekolah di kawasan merah,” katanya pada sidang media khas penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

    Setakat semalam sebanyak 18 daerah di Sarawak masih berada dalam zon merah dengan jumlah keseluruhan jangkitan mencecah 508 kes baharu. – Bernama

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bercakap semasa sidang media berkaitan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, kelmarin. –Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda