Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Semua tebusan rumah ibadat dibebaskan

    COLLEYVILLE, AMERIKA SYARIKAT, 16 JAN – Keempat-empat orang yang dijadikan tebusan dalam pertempuran lebih 10 jam di rumah ibadat Texas telah dibebaskan dengan selamat, kata polis kelmarin dan suspek penculik mereka telah terkorban dalam pertempuran tersebut.

    Pengepungan di bandar kecil Texas, Colleyville – di mana suspek nampaknya menuntut pembebasan seorang pengganas yang disabitkan kesalahan – telah mencetuskan kebimbangan daripada pertubuhan Yahudi di AS dan juga daripada kerajaan Israel.

    Ketua polis Colleyville, Michael Miller memberitahu sidang akhbar bahawa ‘pasukan penyelamat menceroboh rumah ibadat’ kelmarin dan menyelamatkan tiga tebusan yang tinggal – semuanya dewasa – yang ditahan di dalam. Tebusan pertama telah dibebaskan tanpa cedera beberapa jam sebelum itu.

    “Suspek sudah meninggal dunia,” kata Miller kepada pemberita.

    Ejen khas FBI Dallas, Matt DeSarno mengatakan empat tebusan itu – termasuk seorang guru agama tempatan, Charlie Cytron-Walker – tidak memerlukan rawatan perubatan dan tidak lama lagi akan disatukan dengan keluarga mereka.

    “Dia tidak mencederakan mereka dalam apa cara sekalipun,” katanya.

    Terdapat laporan daripada wartawan di tempat kejadian mengenai letupan kuat dan tembakan di rumah ibadat sejurus sebelum sidang media. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...