Semua urusan parlimen Zimbabwe ditangguhkan

HARARE, 28 JULAI – Semua urusan Parlimen Zimbabwe ditangguhkan semalam selepas dua anggota parlimen diuji positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu diumumkan kerani parlimen Kennedy Chokuda.

Beliau berkata pemandu bas yang membawa kumpulan anggota parlimen dan seorang wartawan yang turut serta dalam rombongan itu juga didapati positif.

Chokuda berkata sidang parlimen pada hari ini akan dilangsungkan dengan jumlah anggota yang sangat terhad. – Bernama