Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Senaman Tai Chi bentuk duduk bantu pemulihan strok

    BEIJING, 7 APRIL – Penyelidik China mendapati bahawa mereka yang pulih daripada penyakit strok dan mengamalkan Tai Chi dalam bentuk duduk mempunyai peningkatan yang sama atau lebih besar dalam keupayaan kecergasan berbanding mereka yang menjalani senaman pemulihan strok biasa.

    Penyelidikan diterbitkan hari ini dalam Stroke, jurnal utama Persekutuan Strok Amerika Syarikat yang disemak rakan sebaya, menyebut bahawa senaman rutin Tai Chi bentuk duduk bagi mereka yang mengalami strok baru-baru ini dan mengalami lemah tangan dan lengan atau lumpuh separa.

    Tai Chi, seni mempertahankan diri kuno China dan kini terkenal sebagai satu senaman, melibatkan beberapa gerakan perlahan dan gaya fizikal, meditasi untuk minda dan mengawal pernafasan.

    “Kami mengkaji gerakan Tai Chi bagi mereka yang mempunyai kelemahan atau lumpuh separa lengan,” kata Zhao Jie, dari Yunnan University of Traditonal Chinese Medicine yang mengetuai kajian. “Ia dilakukan agar peserta dapat menggerakkan satu lengan dengan bantuan lengan yang sihat.”

    Kajian telah dijalankan di dua hospital perubatan tradisional Cina di Kunming, ibu kota wilayah Yunnan di barat daya China.

    Penyelidikan disertai oleh 160 dewasa dengan purata usia 63 tahun yang mengalami strok buat kali pertama dalam tempoh enam bulan dan dilatih untuk menggunakan sekurang-kurangnya satu lengan.

    Hasilnya, mereka yang mengamalkan Tai Chi bentuk duduk menunjukkan fungsi tangan dan lengan lebih baik dan kawalan keseimbangan duduk.

    Mereka secara signifikan mengurangkan gejala depresi, pergerakan bahu lebih baik dan memperbaiki aktiviti kehidupan seharian dan kualiti hidup, menurut kajian. – Xinhua

    Menurut kajian mengamalkan Tai Chi bentuk duduk mampu meningkatkan kemampuan kecergasan mereka yang mengalami strok. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...