Senaman yoga semakin diterima di Arab Saudi

JEDDAH, Arab Saudi – Dengan ruangan yang luas di studio berlantaikan kayu, terlihat kumpulan wanita warga Arab Saudi melakukan gerakan ‘squat,’ ‘lunge’ dan ‘headstands.’ Bahkan setahun yang lalu, mengajar postur yoga ini boleh membawa kepada pelanggaran hukum di sebuah kerajaan Islam konservatif.

Dipandang secara meluas sebagai amalan rohani Hindu, yoga tidak dibenarkan secara rasmi selama beberapa dekad di Arab Saudi, di mana pegangan Islam begitu kuat manakala mana-mana penyembahan bukan-Islam diharamkan.

Tetapi Putera Mahkota Mohammed bin Salman berjanji untuk “terbuka dan bersederhana,” menurut kerajaan itu pada November lalu, yang mana mengakui yoga sebagai sukan di tengah-tengah pemacuan liberalisasi baharu yang telah mengetepikan garis pelampau agama.

Usaha-usaha untuk menormalkan yoga di dalam kerajaan itu adalah Nouf Marwaai, seorang wanita warga Saudi yang telah melawan penghinaan dan ancaman dari pelampau untuk mencabar gagasan bahawa yoga tidak bersesuaian dengan Islam.

“Saya telah diganggu dan telah menerima banyak mesej-mesej kebencian,” kata ketua Yayasan Yoga Arab, 38 tahun, yang telah melatih ratusan pengajar yoga di negara itu.

Nouf Marwaai, ketua Yayasan Yoga Arab, semasa ditemubual AFP di Jeddah. – AFP
Yoga berfungsi sebagai terapi yang dikatakan membantu mengeluarkan emosi dan mengatasi penyakit biasa seperti kemurungan. – AFP
Dalam hanya beberapa bulan sejak pengiktirafan yoga ini, industri yoga dan pengajar yoga baharu telah berkembang meluas di pelbagai bandar di Arab Saudi. Ini termasuk Mekah dan Madinah, kata Marwaai. – AFP
”Saya menerima mesej melalui media sosial yang bertanyakan: ‘Adakah anda seorang Hindu? Adakah anda berubah menjadi seorang Hindu?’” Kata Budur al-Hamoud, seorang pakar perekrutan. “Yoga tidak mempunyai kaitan dengan agama. Ia adalah sukan … Ia tidak mengganggu kepercayaan saya.” – AFP

“Lima tahun yang lalu, pengajaran yoga ini adalah mustahil untuk dilakukan,” tambah Marwaai, ketika dia mula melatih sekelompok pelajar wanita di sebuah studio persendirian di bandar Laut Merah Jeddah.

Terlihat bergantung dengan mengenakan abaya dan jilbab mereka, kumpulan wanita ini terlihat meregangkan tubuh badan mereka yang dikenali sebagai ‘virabhadrasana.’

Lengan terentang, badan dilihat ke dalam postur lentur 180 darjah ke belakangan yang dikenali sebagai ‘chakrasana,’ atau ‘wheel pose.’

Di sebuah negara di mana wanita telah lama dikecualikan hak mereka untuk melakukan senaman secara terbuka, para pelajar, beberapa daripada mereka ini sering menghadiri senaman yoga di India, berkata senaman ini telah mengubah kehidupan mereka.

Ayat Samman, seorang pendidik kesihatan berusia 32 tahun, berkata yoga dapat membantu meringankan penyakitnya iaitu ‘fibromyalgia,’ sejenis penyakit kronik yang sering menyebabkannya terlelap.

Yoga juga berfungsi sebagai terapi, kata wanita itu, di mana ianya dapat membantu mengeluarkan emosi mereka dan mengatasi penyakit biasa seperti kemurungan.

“Ia telah melepaskan saya sepertI belon air,” kata Yasmin Machri, 32.

“Selepas kelas pertama saya … saya mula mengeluarkan emosi saya dan menangis.”

Dalam hanya beberapa bulan sejak pengiktirafan yoga ini, industri yoga dan pengajar yoga baharu telah berkembang meluas di pelbagai bandar di Arab Saudi. Ini termasuk Mekah dan Madinah, kota suci Islam, kata Marwaai.

Putera Mohammed, penguasa de facto, telah berusaha untuk memperjuangkan imej kerajaan yang sederhana, yang telah lama dikaitkan dengan ketegangan fundamentalis Wahhabi Islam, dengan dorongan dan perubahan baharu.

Putera berkenaan nampaknya telah membaik pulih sistem itu, tetapi masih mencari sokongan dalam pangkalan atau dasar belia yang semakin berkembang melalui peningkatan nasionalisme dan pacuan pemodenan yang lebih banyak.

Para kolumnis Saudi telah secara terbuka memperkenalkan pelbagai bentuk hiburan, termasuk konsert percampuran jantina dan membuka semula panggung wayang selepas larangan selama sedekad.

Yoga masih dianggap sebagai amalan menyimpang dalam kalangan konservatif, kadang-kadang dikaitkan dengan ilmu sihir dan para pelajar Marwaai mengatakan bahawa mereka sering menghadapi tuduhan mengkhianati agama mereka.

“Saya menerima mesej melalui media sosial yang bertanyakan: ‘Adakah anda seorang Hindu? Adakah anda berubah menjadi seorang Hindu?’” Kata Budur al-Hamoud, seorang pakar perekrutan.

“Yoga tidak mempunyai kaitan dengan agama. Ia adalah sukan … Ia tidak mengganggu kepercayaan saya.”

Yoga dilihat bertentangan dengan beberapa penganut agama lain, tetapi pengiktirafan amalannya di Arab Saudi, pusat dunia Islam, nampaknya telah memberi dorongan baharu kepada pengamal yoga Islam di seluruh dunia.

Marwaai mengambil isu konservatif itu bukan hanya di dalam negara tersebut bahkan juga di India, tempat kelahiran yoga. – AFP