Senarai kursus biasiswa kerajaan dikeluarkan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Kementerian Pendidikan memaklumkan orang ramai bahawa senarai kursus yang ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri (Umum) dan senarai kursus serta terma dan syarat Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi Sidang Akademik 2022/2023 telah dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa permohonan bagi kedua-dua skim berkenaan akan dibukakan pada sekitar Februari 2022 melalui laman web rasmi kementerian.

Syarat-syarat dan senarai kursus bagi kedua-dua skim berkenaan juga boleh dimuat turun dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

Oleh itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui talian 2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari 8 pagi hingga 2 petang) atau talian WhatsApp 7104817 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari 7:45 pagi hingga 12:15 petang dan 1:30 petang hingga 4:30 petang) atau melalui e-mel scholarship@moe.gov.bn.