Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Senarai penender yang berjaya bagi Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan bagi siri BBB telah diumumkan di laman sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Darat (JDP) bermula 2 Julai.
Menurut JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), orang ramai boleh melayari laman sesawang http://www.kpd.gov.bn bagi mengetahui keputusan tawaran masing-masing.
Di samping itu, penender-penender yang berjaya dipohon-kan untuk mengambil surat berjaya masing-masing pada tarikh yang ditetapkan iaitu bagi siri BBB100 hingga 2500 dari 5 hingga 12 Julai, siri BBB 2501 hingga 5000 pada 13 hingga 20 Julai, siri BBB 5001 hingga 7500 pada 21 hingga 27 Julai dan siri BBB 7501 hingga 9999 pada 28 Julai hingga 4 Ogos. Tempat mengambil surat adalah di Kaunter 13, Ibu Pejabat JPD, Gadong dengan tempat pembayaran di Kaunter 14, Ibu Pejabat JPD, Gadong atau Kaunter 7, Cawangan JPD, Kuala Belait.
Dalam pada itu, penender-penender yang berjaya dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan.
Penender-penender yang berjaya dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan menjelaskan harga tawaran penuh. Tanda pengenalan kenderaan hendaklah didaftarkan di atas nama penender sendiri dalam tempoh sebulan dari tarikh surat tawaran berjaya dikeluarkan.
Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar tanda pengenalan kenderaan boleh dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat tawaran berjaya dikeluarkan.
Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar iaitu holding fees tanda pengenalan kenderaan adalah sebanyak $60 bagi tempoh tiga tahun. Tanda pengenalan kenderaan yang sudah dibayar boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja dengan bayaran perkhidmatan sebanyak $5 sahaja.
Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran yang ditawarkan akan dibatalkan dan disenaraihitamkan daripada menyertai tawaran tertutup bagi tempoh setahun dan tanda pengenalan kende-raan akan ditawarkan semula.
JPD mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 2451980, WhatsApp 7181641, Talian Darussalam 123 atau melalui e-mel, info_ltd@jpd.gov.bn.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang JPD dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.