Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senario tidak tergugat kehadiran pelawak baru

    PETALING JAYA – Kumpulan Senario tidak pernah berasa tergugat dengan keha-diran ramai pelawak baru sehingga nama mereka seolah-olah dilupakan.

    Salah seorang anggotanya, Azlee atau Mohd Azlee Jaafar, 50, berkata, sebagai sebuah kumpulan yang sudah bertapak selama 20 tahun tidak ada apa lagi yang perlu mereka buktikan selain perlu menerima hakikat kitaran populariti seseorang artis.

    “Pada saya tidak perlu kami berasa tergugat kerana kami sudah lakukan semua perkara yang bakat-bakat baru ini lakukan cuma pendekatannya sahaja berbeza.

    “Soal dilupakan atau pun tidak bukan isu kerana ia kitaran biasa bagi seorang selebriti dan kami menerima hakikat itu,” katanya. Azlee ditemui pada sidang media pelancaran muzik video SenarioToons nyanyian kumpulan Lawa Nie Gang di pejabat Warner Music.

    Ia adalah lagu tema siri animasi SenarioToons yang diadaptasi daripada kisah kumpulan Senario.

    Senario tidak berasa tergugat dengan kehadiran pelawak baru.
    Senario tidak berasa tergugat dengan kehadiran pelawak baru.

    SenarioToons ditayangkan menerusi slot Bananana setiap Sabtu, pukul 9.30 pagi sejak Ogos tahun lalu di TV3.

    Dalam pada itu, Azlee berkata, sebagai ‘orang lama’ dalam industri komedi me-reka berasa gembira apabila melihat ramai bakat-bakat baru mula muncul dengan bakat luar biasa. Katanya lagi, pelawak generasi baru ini adalah pelapis pada masa hadapan selain ia bukti industri komedi di negara ini semakin berkembang.

    “Jika kita lihat pelawak-pelawak ge-nerasi terdahulu ramai yang sudah tiada dan kami Senario selain beberapa pelawak yang datang dari zaman kami juga kebanyakannya sudah berusia.

    “Wajah-wajah baru inilah yang akan memeriahkan industri komedi dan jika kita lihat ia sangat berkembang pesat pada hari ini.

    “Sebagai ‘orang lama’ saya gembira melihat perkembangan ini dan berharap ia akan berterusan,” ujarnya.

    Tambah Azlee, mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya diminta bekerjasama dengan pelawak baru sekiranya diberi peluang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda